Sunday, 18 September 2016

rujukan yang digunakan ;)

- RUJUKAN KAJIAN -
            
              @ INTERNET :
1. Muhammad Syirazzi Bin. Nazori , Menjaga Keselamatan Maruah Dan Keturunan ,
                 - http://4jejaka.blogspot.my/ 
             2. Nurul Nur Jannah , Adab Menjaga Maruah Diri
                 - Http:/www.slideshare.net/SHiRa_96/pndidikan islam-adab-menjaga-maruah-diri

             3. Nur Amirah Bt Ismail , Muslimah Sejati Menjaga Maruah Diri
                 - Https://www.facebook.com/MuslimahSejatiMenjagaMaruahDiri/
             4. Doktor. Siti Musdah , 27 MAC 2010
                - Http://revolusiorangmuda.blogspot.com
              5. Ustazah Asmi
                  - Ustazahasmi.blogspot.com
             6. http://dua2022pengurusanislam.blogspot.my/2016/02/blog-post.html
              @ MAJALAH :
     
             6. Ahmad Yani , 06 SEPTEMBER 2012 , Keutamaan Wanita Solehah 
                 - Majalah-i.karangkraf.com/wanita-solehah-keutamaan-dan-sifat-sifatnya
              @ JURNAL :
               7. Noriati Bt. A Rashid
                   - www.myjurnal.my/filebank/published_article


              @ BUKU :
  
               8. DUA2022 , PENGURUSAN DALAM ISLAM 

menjaga keselamatan maruah sebagai objektif pengurusan islam

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ISLAM

Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang.   
Ini adalah erti Maruah yang dapat diungkapkan  melalui ejaan M - A -R - U - A - H : 

M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.

A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.

U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri.

A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.


Manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian, manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain, ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan di dunia tetapi juga merangkumi kehidupan di akhirat seperti bidang-bidang lain sama ada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan kemasyarakatan dan seumpamanya. Selain itu, juga bidang - bidang yang melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara manusia sesama manusia.

                                                                 
Sebagai seorang insan kita wajiblah menjaga maruah diri kita kerana menjaga maruah diri adalah perkara wajib yang perlu dilakukan. Dengan ini , islam menyuruh kita supaya sentiasa memelihara penghormatan diri agar diri umat islam sentiasa dipandang mulia dan darjat umat islam sentiasa dipandang tinggi sama ada di sisi ALLAH SWT atau masyarakat di sekeliling kita.

Dalam konteks ini, memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat yang dituntut dalam syariah. Oleh sebab itu, segala segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah sama sekali dilarang.


 OBJEKTIF MENJAGA KESELAMATAN MARUAH DAN KETURUNAN 

Syariat Islam amat mementingkan persoalan ini. Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah. Malah  Islam sendiri dibina atas akhlak yang mulia. Ini merupakan salah satu bahagian yang perlu diteliti serta dititik beratkan dalam kehidupan seharian individu beragama Islam. 

Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia" . Jika diteliti diseluruh perintah dan larangan ALLAH SWT akan didapati bahawa ianya bertujuan semata-mata untuk membentuk keperibadian yang luhur dan terhormat. 





     Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji, dan lain-lain lagi. Semua ibadat khusus ini jika ditunaikan dengan penuh ketertipan akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak. Oleh itu, segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan tegahan dan larangan ALLAH SWT  ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada jatuh ke lembah kehinaan .


CONTOHNYA : Seperti pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong ,mencuri dan lain-lain. Ianya mempunyai  tujuan yang satu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Lantaran inilah ALLAH SWT telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini. Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mncabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Hal ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan  budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak bekerja. Dengan itu, organisasi dapat dilihat. Kesimpulannya, seluruh perintah ALLAH  SWT dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjaga kehormatan dan maruah diri.


 ISI - ISI PENTING :

Menjaga Keselamatan Maruah .

  •  Maruah berasal daripada bahasa Arab iaitu maruah yang secara umumnya boleh diertikan  sebagai  harga diri . Harga diri merupakan satu perkara asas bagi manusia .

  • Perkara untuk memelihara keperluan keturunan dan maruah. Antaranya :

1. Sistem perkahwinan yang teratur .
2. Sistem perhubungan berlainan jenis yang terhormat .
3. Hubungan kekeluargaan yang harmoni .

  • Merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang  muslim .

ð Segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia  adalah dilarang sama sekali .


  •  Menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkait  rapat dengan soal akidah .

ð Perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera  oleh kerana dapat membantu dan mencegah dengan meningkatkan kesedaran agama  dapat  mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja .

  •  Melarang mendekati zina . 

ð Islam mengharamkan zina dari awal lagi kerana ia boleh merosakkan keturunan yang baik hasil daripada kelahiran anak luar nikah. Bukan sekadar itu sahaja, islam mengharamkan perbuatan yang terlarang.  Contohnya, berdua- duaan, bercinta dan berkhalwat .        Firman Allah SWT :



Maksud :

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang  keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) .”                    
                                                                                                                     ( Al-Isra’:32 )




  •  Menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan .

ð Kita hendaklah menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan supaya kita dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pergaulan bebas ini boleh membawa  kepada penzinaan. Pergaulan bebas ini haruslah dicegah bagi melahirkan generasi muda  yang berakhlak. Contohnya, berbalas mesej antara lelaki dan perempuan tanpa ada tujuan yang sebenar .



  •  Memakai pakaian yang menutup aurat seperti yang ditetapkan oleh syariat .

ð Kita hendaklah menutup aurat dengan sempurna bagi menggelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini seperti dirogol. Aurat bagi seorang perempuan muslim ialah  seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Manakala, aurat bagi lelaki muslim  ialah dari pusat hingga lutut. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi  seseorang mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan  sebab yang dibenarkan oleh syarak.


Image result for maruah diri

1. Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam.


2. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah:


(a) untuk mendapat keredaan Allah SWT;
(b) untuk memelihara maruah diri dan keluarga;
(c) supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.


3. Cara menjaga maruah diri dari segi berpakaian:


(a) memakai pakaian yang menuntut aurat, iaitu tidak ketat dan tidak jarang;
(b) memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan;
(c) tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tidak sopan atau haram seperti lambang salib dan jenama arak.


4. Cara menjaga maruah diri dari segi pergaulan:


(a) memberi salam apabila bertemu dengan saudara seagama;
(b) menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak;
(c) hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.


5. Cara menjaga maruah diri dari segi percakapan:


(a) bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan;
(b) bercakap benar dalam percakapan seharian;
(c) tidak menghina orang lain ketika bercakap.


6. Akibat tidak menjaga maruah diri:


(a) maruah diri dan keluarga akan tercemar;
(b) dipandang hina dan dibenci oleh orang lain;
(c) mendorong kepada berlakunya maksiat dan jenayah seperti rogol, zina dan sebagainya.


7. Hikmat menjaga maruah diri:


(a) mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(b) kehormatan diri akan terpelihara;
(c) terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini;
(d) melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.

Image result for maruah diri



- KESIMPULAN -

Image result for  maruah diri

Intihanya, sebagai seorang pelajar kita tentu memahami bahawa menjaga maruah diri, keluarga dan negara adalah perkara yang dituntut dalam islam. Islam adalah agama yang mudah, benar dan suci oleh sebab itu, islam menyuruh kita melakukan kebaikan dan meniggalkan segala perkara yang boleh merosakkan maruah dan akidah kita. Sebagai contoh, jika kita mengamalkan konsep memelihara maruah sebagai yang utama bagi kita, kelak kita akan memperolehi keberkatan hidup dan mendapat keredhaan ALLAH SWT. Tetapi jika kita tidak mengamalkan konsep ini, nescaya akan musnahlah akidah seseorang muslim seperti mendapat dosa kerana melanggar perintah dan syariat islam dan akan melahirkan masyarakat yang kucar-kacir dan negara yang tidak tenteram serta menyukarkan pembinaan tamadun di kalangan umat islam.


Selain itu, saranan atau cadangan dari kami terhadap individu muslim di luar sana, terutama sekali kepada kaum hawa yang dikasihi, cara yang boleh dilakukan untuk mengelak dari berlakukanya sesuatu perkara yang tidak diingini ialah memelihara percakapan dan pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram kerana jika kita tidak menitikberatkan perkara ini ia akan membawa kemudharatan terhadap diri sendiri , keluarga dan juga negara yang dikasihi. Sebagai contoh, melalui cara pergaulan dengan memberikan salam kepada saudara muslim, menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain serta menjaga rahsia dan keaiban orang lain. Melalui cara percakapan pula, bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik dan bersopan santun serta bercakap perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kita. 



Tujuan islam menyuruh kita menjaga maruah adalah untuk melahirkan umat islam yang bermaruah , berakhlak mulia , dan dihormati umat-umat yang lain. Dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :

" Sesunguhnya ALLAH SWT baik serta suka akan kebaikan, suci dan suka akan kesucian "
       ' Riwayat Termizi ' 

Daripada Abu al-Darda' RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  
Maksudnya: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan dan maruah saudara ketika ketiadaannya nescaya Allah s.w.t akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."   
Hadis Riwayat al-Tirmizi
Akhir kata, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT dan kesihatan tubuh badan serta akal fikiran yang baik . Dengan ini kita seharusnya menjaga keselamatan dan maruah terhadap diri, keluarga dan negara dengan sebaik yang mugkin agar kehidupan kita lebih bernilai dan mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang dari segi syariat islam.